Sunday, 1 April 2012

~R.A.H.S.I.A W.A.N.I.T.A~

Assalamialaikum ..


urm..entry aku hari nie nak citer pasal ''wanita'' .. tengah khusyuk2 surf interment tibe2 ternampak plak artikel nie..nmpak cm best.. k la.. rupenye2 tnpa kite sume sedar wanita nie unik sebab ade rahsia mereka tersendiri.. byk2 xbyk la rahsia nyer around 30.. haha :DD k.. bce2 slow2.. xyah gpoh-gpoh.. ok??


                                       


(gambar hiasan)
mata dia comey larh.. 


    1)Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan          
       airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.



2)Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu  
   beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan
   ucapan maaf.
 
3)Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang
   (sebab itu ramai wanita yang frust bile hubungan itu putus di tengah jalan).



                                                      


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


                               
                                   
                                        
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.(xder la jiwang sgt kan :) )

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.(makan dalam oOoOoO)
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya tepon ,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. excited!

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi xyah nak ngade2 senyum smpai wat perempuan tu perasan !

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan kwan biasa,bgi dia kenal diri awak tu dulu.. :)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. haha :DD


                                         

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

                                           

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!